POLISI PEMBERITAHUAN MAKLUMAT

SRT-EON Security Services Sdn. Bhd. telah mewujudkan Polisi Pemberitahuan Maklumat ("Whistleblowing Policy") salah laku di tempat kerja bagi memudahkan anggota SRT-EON atau orang awam melaporkan pelanggaran tatalaku dan/atau integriti, secara berstruktur dengan jaminan bahawa identiti Pemberi Maklumat dilindungi dan dirahsiakan.

Pendedahan tentang salah laku seperti penyelewengan kewangan, rasuah, penipuan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh staf SRT-EON boleh dilakukan menggunakan borang aduan yang disediakan.

SKOP PELAPORAN

Apa-apa salah laku atau kesalahan jenayah seperti berikut:

  1. Rasuah dan penipuan.
  2. Kesalahan jenayah.
  3. Penyalahgunaan dana atau aset SRT-EON.
  4. Salah guna kuasa yang serius dalam SRT-EON
  5. Penyelewengan kewangan atau pelanggaran peraturan kewangan yang serius dalam SRT-EON.
  6. Tindakan/ pengabaian yang membahayakan keselamatan anggota SRT-EON, orang ramai atau alam sekitar.
  7. Tindakan sengaja mengarah atau menasihati seseorang untuk melakukan mana-mana satu daripada perkara di atas.

KANDUNGAN PENDEDAHAN MAKLUMAT

Maklumat yang hendak dilaporkan perlu mengandungi perkara berikut:

  1. Nama Pesalah Laku;
  2. Waktu kejadian;
  3. Tarikh kejadian
  4. Jumlah wang terlibat (jika ada)
  5. Keterangan tentang insiden yang didakwa berlaku;
  6. Maklumat lain yang berkenaan;
  7. Bukti sokongan (jika ada) ;

PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT

Pemberi Maklumat akan diberi perlindungan di bawah Polisi ini jika pendedahan yang dibuat adalah benar dan jujur. Perlindungan Pemberi Maklumat adalah termaktub di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang menetapkan bahawa identiti Pemberi Maklumat akan dilindungi dan dirahsiakan.
Pemberi Maklumat perlulah mengemukakan identiti dan maklumat lengkap yang diperlukan di dalam borang yang telah disediakan. Pemberi Maklumat akan dimaklumkan mengenai hasil pendedahan yang dilakukan.
Perlindungan Pemberi Maklumat terbatal sekiranya:

  1. Pemberi maklumat mengambil bahagian dalam perlakuan tidak wajar.
  2. Pemberi maklumat dengan sengaja memberikan kenyataan palsu.
  3. Pendedahan maklumat dilakukan dengan niat jahat.
  4. Pendedahan maklumat tidak lengkap dan tidak berasas.
  5. Pendedahan maklumat adalah remeh dan menyusahkan.

MAKLUMAN HASIL PENDEDAHAN

Pemberi Maklumat akan dimaklumkan mengenai hasil pendedahan yang dilakukan oleh beliau.

Isi Borang Aduan